About Me

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
Love sweets thingy such as ice cream, chocolate, cakes, buns, etc.

Tuesday, 29 May 2012

Ikan Masak Cincuan

Masakan ni diajar oleh emak tersayang
tak pasti pula kenapa namanya cincuan
Tapi nama masakan ni juga dikenali
sebagai Ikan Tumis Asam

Bahan-bahan

1 ekor ikan dipotong dua 
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (dihiris bulat2)
1 inci halia
5 biji cili padi (kalau nak meriah, hijau dan merah la)
1 cawan air asam jawa
1 biji tomato (dipotong 4)

Cara-cara

Ikan dibersihkan dan digaulkan dengan kunyit dan garam.
Goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan. 
Tumiskan semua bahan yang dihiris. 
Apabila sudah layu sedikit, masukkan air asam jawa.
Masukkan garam secukup rasa. 
Apabila sudah mendidih, masukkan ikan dan tomato. 

Sedia untuk dihidangkan....

No comments:

Post a Comment