Bahan-bahan:
1/4 ekor ayam
9 biji cili api (dikisar halus)
2 batang serai (diketuk)
2 biji ubi kentang (dipotong 4)
1/2 cawan air
3/4 kotak santan kelapa
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
Cara-cara:
Masukkan cili api, ayam, air dan serbuk kunyit.
Gaulkan hingga sebati. Kemudian masukkan santan dan ubi kentang.
Apabila mendidih masukkan serai.
Masak sehingga ayam dan ubi kentang menjadi empuk.
Pastikan masakan tersebut selalu dikacau supaya tidak naik minyak.
No comments:
Post a Comment